KOD ETIKA BAGI PEMEGANG PERMIT ATAS PEROLEHAN SEMULA
a) Pemegang permit perlu memastikan bahawa mereka memiliki permit yang masih dalam tempoh sahlaku semasa menjalankan aktiviti pengambilan semula.
b) Pemegang permit yang terlibat semasa aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan haruslah pada bilangan yang minima kecuali kenderaan memerlukan bantuan tambahan.
c) Perolehan semula hanya boleh dijalankan setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 9 malam sahaja.
Pemegang permit harus mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian.
Pencerobohan ke atas premis persendirian tidak dibenarkan kecuali dengan perintah mahkamah.
Pemegang permit haruslah berketerampilan kemas dan mengamalkan sikap profesionalisme semasa menjalankan
aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan.
Pemegang permit adalah dilarang menggunakan segala bentuk kekerasan sewaktu proses pengambilan semula dijalankan.
Sewaktu proses pengambilan semula dijalankan, pemegang permit harus:
(a) Mempamerkan Permit, Kad Pengenalan dan mengemukakan notis kepada penyewa memaklumkan akan alamat dan nombor telepon pemilik berdaftar dan pengawal yang diberi kuasa untuk
dihubungi segera bagi menyelesaikan apa-apa masalah.
(b) Memberi masa yang munasabah kepada penyewa untuk memeriksa dan mengeluarkan barang peribadi kepunyaan penyewa.
(c) Mengambil gambar dalaman dan luaran kenderaan atau barangan untuk diserahkan kepada pemunya.
(d) Mengeluarkan senarai inventori tentang kenderaan atas barangan semasa proses pengambilan semula dijalankan.
Sejauhmana proses pengambilan semula perlu dilakukan dengan kehadiran penyewa atau sesiapa yang berkenaan terhadap kenderaan atau barangan tersebut.
Pemegang permit haruslah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas proses pengambilan semula dijalankan.
Pengecualian hanya diberi bagi situasi tertentu, dimana tempoh masa
dilanjutkan tidak lebih 48 jam.
Pemegang permit adalah terikat dengan segala undang-undang, peraturan, terma dan syarat, kod etika dan garis
panduan yang telah ditetapkan oleh pengawal bagi menjalankan aktiviti pengambilan semula.
Pemegang permit hendaklah sentiasa peka dengan sebarang Kod Etika dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Pengawal dari semasa ke semasa.